08 May 2008

Raja Petra akan keluar penjara

Pengendali lamanweb Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin bersetuju diikatjamin selepas bertemu dengan isterinya, Marina Lee Abdullah di Sungai Buloh pagi ini.

Marina dalam perjalanan ke Mahkamah Sesyen Petaling Jaya untuk membayar ikatjamin tersebut.

Raja Petra, yang didakwa atas tuduhan menghasut, enggan membayar ikatjamin RM5,000 kerana tidak mampu menjelaskannya.

Kes tersebut akan didengar pada 6 hingga 10 Oktober.

Semalam beliau enggan berjumpa sesiapapun, termasuk isterinya dan dikatakan mengadakan mogok lapar.

Kelmarin, Raja Petra dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Petaling Jaya berhubung satu artikel yang ditulis dalam lamanwebnya itu.

Lagi berita...

No comments:

Post a Comment