Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Alam Shah, M Manoharan, yang kini ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), telah mengangkat sebagai Adun pagi ini.
Upacara mengangkat sumpah itu diadakan di Kem Tahanan Kamunting pada jam 9 pagi, dihadapan Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, Teng Chang Khim.
Dalam pilihanraya umum 8 Mac lalu, Manoharan, yang mewakili DAP, menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Ching Su Chen dengan majoriti 7,184 undi.
Beliau mendapat 12,699 undi untuk menewaskan calon BN-Gerakan, Ching Su Chen yang memperolehi 5,515 undi.
Manohan dan empat lagi pemimpin Hindraf - P Uthayakumar, V Ganabatirau, R Kengadharan dan K Vasantha Kumar - ditahan pada 13 Disember lalu bawah ISA selepas terbabit menganjurkan perhimpunan 25 November lalu serta membuat kenyataan yang berunsur hasutan terhadap kerajaan.
Kesemua Adun di Selangor, kecuali Manoharan, mengangkat sumpah pada 22 April lalu.
Lagi berita...
No comments:
Post a Comment