03 May 2008

Polis tidak tolak ada kes cabul membabitkan bekas menteri

Kertas siasatan kes cabul bekas menteri ke pejabat Peguam Negara

KUALA LUMPUR 3 Mei - Kertas siasatan berhubung kes seorang bekas menteri Kabinet yang didakwa mencabul kehormatan seorang pelayan hotel pada 14 April lepas sudah diserahkan kepada pejabat Peguam Negara (AG) akhir bulan lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Muhammad Sabtu Osman berkata, polis kini menunggu keputusan dan arahan daripada pihak AG untuk tindakan lanjut berhubung kes tersebut.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, malam tadi.

- Utusan

No comments:

Post a Comment