Kerajaan akan mengumumkan langkah-langkah menangani kenaikan harga beras dan mengawal inflasi hari ini dalam usaha mengurangkan beban rakyat berdepan dengan kenaikan kos hidup.
Perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata beliau akan mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa kabinet mengenai inflasi hari ini bagi mencari penyelesaian isu harga makanan dan kekurangan bekalan, lapor Bernama.
"Beberapa keputusan akan dibuat terutamanya berhubung padi dan beras," katanya di sidang akhbar selepas melancarkan Forum Halal Sedunia 2008.
Semasa ditanya sama ada kerajaan akan mengenakan bayaran yang lebih tinggi bagi bahan api kepada rakyat asing, Abdullah berkata kerajaan melihat semua aspek berhubung harga minyak dunia.
"Kita akan membuat pengumuman sewajarnya. Saya tidak akan beritahu sedikit demi sedikit.
"Kita akan melihat kepada semua ini (dan) kita sedar harga minyak naik sehingga AS$120 setong," beliau dipetik sebagai berkata.
http://www.malaysiakini.com
No comments:
Post a Comment