12 May 2008

Demo anti-ISA: Hindraf selar polis

Barisan Bertindak Hak-hak Hindu (Hindraf) menyelar tindakan polis menahan empat aktivis dalam demonstrasi membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) semalam.

Dalam kenyataannya hari ini, pengerusi badan itu P Waytha Moorthy berkata tangkapan itu bertujuan menakut-nakutkan orang ramai agar tidak mempersoalkan tindakan polis.

"Suatu yang mengganggu apabila polis berasa tertekan dengan laporan-laporan yang dibuat oleh orang ramai dan tuduhan bukan-bukan terhadap mereka kerana membuat lapotan polis," katanya.

Tujuh orang ditahan termasuk seorang penulis blog dan seorang aktivis wanita, sewaktu menyertai demonstrasi anti-ISA selama 45 minit di George Town, Pulau Pinang pagi semalam.

Aktivis sosial BK Ong dan penulis blog Satish Kumar ditahan di Plaza Gurney selepas menyertai demonstrasi di Gurney Drive kira-kira jam 11.10 pagi.

Dua orang lagi Lau Shu Shi dan The Chun Hong - kedua-duanya aktivis Suaram - ditahan selepas mereka membuat laporan pois di ibu pejabat polis di Jalan Patani, George Town pada jam 2.45 petang.

Lima dibebaskan dengan jaminan polis selepas ditahan kira-kira tujuh jam.

Bagaimanapun Lau dan Teh dilaporkan ditahan reman dan dijangka dibawa ke mahkmah untuk didakwa hari ini.

Lagi berita...

No comments:

Post a Comment