14 May 2008

Persoalannya, ada atau tidak Perimekar terima sebarang komisyen

Kementerian Pertahanan hari Rabu sekali lagi menegaskan bahawa kerajaan tidak ada dan tidak pernah membayar komisen bernilai EURO114.96 juta kepada Syarikat Perimekar Sdn Bhd berkaitan pembelian kapal selam Scorpene.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Najib Tun Razak berkata sebaliknya perolehan dua buah kapal selam itu dibuat secara runding terus selaras dengan tatacara perolehan kerajaan dengan syarikat pembuat iaitu Perancis dan Sepanyol yang mendapat persetujuan kerajaan masing-masing.

"Oleh itu Kementerian Pertahanan menegaskan bahawa tuduhan yang dibuat anggota Parlimen Permatang Pauh (Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail) ini tidak berasas sama sekali," katanya.

Najib berkata demikian ketika menggulung perbahasan usul terima kasih titah Yang di-Pertuan Agong bagi kementerian itu, pada persidangan Dewan Rakyat hari Rabu.
Lagi berita...

No comments:

Post a Comment