Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berpendapat tidak perlu kepada undang-undang khas menghalang mana-mana wakil rakyat melompat parti.
Ini kerana kata beliau ia adalah hak individu terbabit.
"Walaupun undang-undang dibuat untuk mengekang kemaraan anggota Parlimen atau anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) supaya tidak melompat parti, namun tindakan melompat parti boleh berlaku juga," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco, di Kota Darulnaim, di sini hari ini.
Menurutnya kerajaan Kelantan pada awal 1990-an pernah meminda undang-undang bagi menghalang Adun melompat parti, bagaimanapun ada juga Adun iaitu dari Parti Semangat 46 melompat parti.
Sebelum ini Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Zaid Ibrahim mencadangkan undang-undang menyekat wakil rakyat melompat parti digubal bagi menjaga kepentingan awam.
Isu itu ditimbulkan selepas Barisan Nasional (BN) kehilangan majoriti dua pertiga di parlimen sekarang.
Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang juga menyifatkan cadangan menggubal undang-undang menghalang wakil rakyat melompat parti dibuat atas kepentingan Umno dan bukannya atas dasar demokrasi.
Lagi berita...
No comments:
Post a Comment