12 May 2008

Penyakit misteri pulih

KLANG: Saadiah Hamzah, 38, kakak kepada Nurul Wahida, 20, yang dilarikan ke Lombok, Indonesia, sebelum ditinggalkan berseorangan di sana, kini pulih sepenuhnya daripada penyakit misteri dialami sejurus kepulangan adiknya itu, Rabu lalu.

Wanita itu tiba-tiba diserang penyakit kembung perut seolah-olah mengandung selain tangan kanannya tidak boleh digerakkan, kurang 24 jam selepas menyambut kepulangan Nurul, di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT), jam 8.39 malam.

Dua hari kemudian, Saadiah bertemu seorang pengamal perubatan tradisional di Jalan Kampung Jawa, di sini, dan dikatakan terkena ‘tempias’ daripada ilmu hitam dikenakan terhadap Nurul.

“Saya bersyukur kerana sudah sembuh daripada penyakit misteri itu. Ia beransur-ansur hilang sejak dua hari lalu.

“Kini, saya boleh bergerak seperti sedia kala dan berharap semoga tiada apa yang berlaku lagi secara misteri kepada saya atau anggota keluarga lain,” katanya ketika ditemui di kediamannya, di Taman Johan Setia, di sini, semalam.

Dia ditemui ketika mengadakan majlis doa selamat sempena kepulangan Nurul ke pangkuan keluarga selepas tiga tahun terpisah.

http://www.hmetro.com.my

No comments:

Post a Comment