Hampir dua tahun koma, seorang pelajar tahun pertama jurusan perakaunan Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) yang disyaki menjadi mangsa samun akhirnya menemui ajal di Hospital Kuala Lumpur (HKL), di sini, tengah malam kelmarin.
Lim Sze Jian, 20, menghembuskan nafas terakhir di sisi ahli keluarganya selepas koma sejak disamun pada 19 September 2006.
Lebih menyayat hati keluarga mangsa, pemergian anak bongsu mereka yang berjaya dalam pelajaran itu ketika kaum ibu meraikan sambutan Hari Ibu, semalam.
Menurut ahli keluarga mangsa, pelajar itu meninggal dunia kira-kira jam 12 tengah malam selepas koma akibat kejadian itu.
Katanya, sejak kejadian itu, Sze Jian tidak pernah sedarkan diri kerana kecederaan yang dialaminya.
“Keluarganya juga memberitahu mangsa tidak pernah bangun dan membuka mata selepas kejadian itu.
Lagi berita...
No comments:
Post a Comment