09 May 2008

Pengganas yang ada kaitan dengan Britain dan US ditangkap di Iran

PIHAK berkuasa hari ini menahan anggota kumpulan yang dikaitkan dengan Britain dan Amerika Syarikat (AS) kerana dipercayai mendalangi letupan di sebuah masjid bulan lalu.
Serangan di bandar Shiraz, selatan negara itu meragut 14 nyawa dan menyebabkan 200 lagi cedera.

Insiden letupan di Masjid Shohada pada 12 April lalu sebelum ini dikatakan berpunca daripada bahan letupan daripada pameran ketenteraan bagi memperingati perang Iran-Iraq.

“Ia sebenarnya adalah serangan bom oleh kumpulan pengganas yang mempunyai hubungan dengan Britain dan AS,” kata Menteri Perisikan, Gholamhossein Mohseni-Ejei.

Lagi berita...

No comments:

Post a Comment