09 May 2008

Masa BN balas dendam isu sultan

Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah mengarahkan setiausaha agung Umno, Datuk Tengku Adnan Mansor supaya membuat aduan polis terhadap pengerusi DAP, Karpal Singh yang mempersoalkan kuasa Sultan Perak dalam pentadbiran negeri tersebut.

Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu sebelum ini mempersoalkan kuasa Sultan Perak khususnya dalam kes pertukaran Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) Datuk Jamry Sury.

Bercakap kepada pemberita di ibunegara petang ini, Abdullah berkata, kenyataan Karpal itu mempunyai unsur-unsur hasutan.

"Saya telah memberitahu Tengku Adnan supaya membuat aduan di balai polis supaya dibawa kepada Peguam Negara dan mahkamah mengenai Karpal Singh," katanya kepada pemberita selepas merasmikan "Mihas Showcase 2008" di Tapak A, Pameran Mihas, Matrade di ibunegara hari ini.

Abdullah berkata, beliau juga diberitahu bahawa yang lain lagi - bukan sahaja orang Melayu, tetapi juga bukan Melayu - membuat laporan polis yang sama.

Lagi berita...

No comments:

Post a Comment