24 May 2008

Pengedar pil khayal dihukum gantung

Pengedar dadah dihukum gantung

Mahkamah Tinggi di sini hari ini menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap seorang lelaki selepas didapati bersalah mengedar 81.43 gram Methamphetamine (pil khayal), enam tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Mohd. Zawawi Salleh membuat keputusan itu terhadap Hoh Bon Ton, 30, setelah mendapati hujah pembelaan tertuduh gagal menimbulkan keraguan yang munasabah.

"Pihak pembelaan telah mengemukakan hujahan yang komprehensif dan baik, namun mahkamah hanya boleh menetapkan satu sahaja hukuman terhadap tertuduh.

"Pembelaan gagal menimbulkan sebarang keraguan yang munasabah ke atas kes pendakwaan. Dengan itu tertuduh disabit atas pertuduhan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya dan dijatuhi hukuman gantung mandatori," katanya.

Tertuduh hanya menganggukkan kepala tanda faham selepas keputusan dibacakan dalam bahasa Mandarin oleh jurubahasa.

Mengikut pertuduhan, Bon Ton didapati melakukan kesalahan tersebut di sebuah hotel di Jalan Datuk Abdullah Tahir kira-kira pukul 2.40 pagi, 30 Ogos 2002.

www.utusan.com.my

No comments:

Post a Comment