05 May 2008

Pemuda Umno mahu Karpal disiasat di bawah Akta Hasutan 1948



Gelagat Karpal Terkini di Dewan Rakyat

Pemuda Umno buat laporan polis terhadap Karpal

Pemuda Umno Perak hari ini membuat laporan polis terhadap Pengerusi DAP Karpal Singh yang menyatakan bahawa Sultan Perak tidak mempunyai kuasa berhubung pertukaran Pengarah Jabatan Agama Islam Perak Datuk Jamry Sury.

Ketuanya, Zainol Fadzi Paharudin berkata beliau membuat laporan itu supaya polis menyiasat dan meminta Karpal Singh tidak lagi mengeluarkan kenyataan berbau hasutan.

"Kita meminta polis menyiasat Karpal Singh (foto) di bawah Akta Hasutan 1948 kerana kenyataan itu telah meresahkan rakyat Perak, khususnya berhubung dengan kuasa Sultan Perak," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh di Ipoh hari ini.

Menurut laporan Bernama, sebuah akhbar berbahasa Inggeris telah memetik Karpal Singh sebagai berkata bahawa Sultan Perak tidak ada kuasa menyekat keputusan kerajaan negeri untuk menukar Jamry, dan baginda tidak boleh meminta agar Jamry dilantik balik ke jawatannya setelah diarah bertukar oleh Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin.

Jamry diarah bertukar oleh Mohammad Nizar pada 29 April kerana didakwa tidak boleh memberi kerjasama. Jumaat lalu, Sultan Azlan Shah menitahkan pertukaran itu ditarik balik kerana tindakan Menteri Besar menukarnya serta merta pada Selasa lalu membelakangkan baginda sebagai Ketua Agama Islam negeri itu.

GPMS bidas Karpal

Sementara itu, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) membidas sikap pemimpin DAP yang mempersoalkan peranan dan fungsi Istana Perak berhubung jawatan Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP).

Sambil menyifatkan DAP gagal memahami sensitiviti orang Melayu, GPMS mahu parti itu berhati-hati dalam membuat kenyataan supaya tidak menimbulkan kemarahan mana-mana pihak.

Presiden GPMS Datuk Reezal Naina Merican berkata Pengerusi DAP Karpal Singh dan Ketua DAP Perak Ngeh Koo Ham seharusnya mengikuti jejak Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menghadap Sultan Perak dan memohon ampun terhadap kenyataan mereka.

Permohonan maaf itu akan meredakan kemarahan rakyat dengan permainan politik biadap dan berunsur hasutan, kata Reezal dalam satu kenyataan hari ini.

GPMS turut berpendapat, DAP perlu menghentikan amalan politik perkauman dan bersifat hasutan sehingga berani mempersoalkan hak dan kuasa Sultan.

Sementara itu, Karpal terus mempersoalkan tindakan Sultan Azlan Shah yang dikatakan campurtangan dalam soal pertukaran Pengarah Jaip Datuk Jamry Sury.

"Dalam satu kes di Mahkamah Persekutuan pada 1982, jelas menunjukkan kakitangan awam termasuk kerajaan pusat boleh menukar, bila dan ke mana dan dalam apa juga kapasiti adalah kuasa kerajaan negeri," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen.

Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu berkata kerajaan Perak tidak sepatutnya dipengaruhi Istana dan Kerajaan Pusat perlu memastikan bahawa Sultan dilarang campurtangan dalam urusan pentadbiran kerajaan negeri.

Jamry diarah bertukar oleh Mohammad Nizar pada 29 April kerana didakwa tidak boleh memberi kerjasama. Jumaat lepas, Sultan Azlan Shah menitahkan pertukaran itu ditarik balik kerana tindakan Menteri Besar menukarnya serta merta pada Selasa lalu membelakangkan baginda sebagai Ketua Agama Islam negeri itu.

http://www.malaysiakini.com/news/82383

Laporan polis: Abim dakwa Karpal melampau

ANGKATAN Belia Islam Malaysia (Abim) menyifatkan laporan polis pengerusi DAP, Karpal Singh terhadap Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra sebagai melampai batas dan amat tidak sesuai apabila berurusan dengan keluarga diraja.

“Sebagai seorang ahli politik, kami masih tertanya-tanya apakah yang bermain-main dalam fikiran Karpal apabila membuat keputusan itu," kata presiden Abim, Yusri Mohamad.

"Karpal harus memikirkan cara yang lebih hormat dan wajar membuat maklum balas terhadap Tengku Mahkota itu," katanya dalam satu kenyataan.

Pada masa yang sama, tambahnya, Abim sangat setuju dan menyokong pandangan Istana Kelantan untuk menamatkan kontroversi ini.

"Kami melihat ini sebagai perkara malang, sebagai rakyat yang taat, perkara ini yang boleh diuruskan dengan lebih mudah, tidak seharusnya menimbulkan masalah dan dipolitikkan,” katanya.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Yusri menyatakan kekesalannya terhadap tindakan pemimpin DAP tersebut.

Tidak wajar

Beliau melihat institusi diraja sebagai payung rakyat dan oleh itu tindakan Karpal membuat laporan polis itu sama sekali tidak wajar.

“Perkara yang dikatakan oleh Tengku Mahkota pun bukanlah jelas menghasut. Ia masih boleh dibincangkan lagi,” tambahnya.

Ketika merasmikan perhimpunan perpaduan Melayu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di ibunegara baru-baru ini, Tengku Mohammad Faris dilaporkan bertitah bahawa adalah tidak wajar bagi kaum-kaum bukan Melayu yang mendapat kerakyatan, menuntut persamaan hak dan keistimewaan sebagaimana orang Melayu.

Baginda dilaporkan bertitah, semua rakyat bersatu dan tidak harus ada ungkit mengungkit mengenai hak dan keistimewaan orang Melayu.

Perhimpunan itu yang disertai hampir 1,000 orang itu adalah anjuran Barisan Bertindak Perpaduan Melayu (BBPM).

Dalam kenyataaan yang sama juga, Yusri mengulas cadangan presiden MCA, Datuk Seri Ong Ka Ting, berhubung perdebatan mengenai isu agama dan kaum, yang menurutnya harus mengambilkira persepektif Melayu-Islam.

Mahkamah Syariah

“Keluar dari Islam adalah isu agama yang spesifik dan lanjutan daripada larangan ini, kebenaran mestilah diberikan kepada autoriti agama yang sesuai untuk memutuskannya,” katanya.

Ditanya mengenai -institusi-institusi yang beliau maksudkan itu, Yusri berkata, mereka adalah para mufti, jabatan agama negeri-negeri serta mendapatkan pandangan persatuan Cina-Muslim dan persatuan India-Muslim.

Beliau melihat Kes Lina Joy sebagai panduan untuk ‘menguruskan’ masalah tersebut.

Yusri berkata, mantan Ketua Hakim, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim, dalam penghakiman majoriti, memutuskan bahawa pihak yang berautoriti adalah Mahkamah Syariah.

“Yang Arif juga berkata bahawa cara seseorang itu meninggalkan agamanya ditentukan oleh agama itu sendiri. Dengan kata lain, seseorang itu tidak boleh meninggalkan agama yang dianutnya mengikut pandangan mereka sendiri,” katanya.

http://klpos.com

No comments:

Post a Comment