11 May 2008

Peguam Umno ?

Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail memberi jaminan akan membuat keputusan segera berhubung kes Pengerusi DAP, Karpal Singh yang mempertikaikan bidang kuasa Sultan Perak mengenai pertukaran Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP), Datuk Jamry Sury.

"Tunggu saja keputusan yang akan saya umumkan nanti," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Abdul Gani diminta mengulas mengenai kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang berharap agar Peguam Negara dapat membuat keputusan dan bertindak segera berhubung kes Karpal itu.

Semalam Perdana Menteri berkata, sekiranya Peguam Negara berpandangan kes itu boleh dibawa ke mahkamah, maka ia perlu dibuat secepat mungkin.

Lagi berita...

No comments:

Post a Comment