11 May 2008

Dua Remaja Terima Penghargaan Bantu Polis Tangkap Peragut

Dua remaja lelaki yang membantu menangkap dua peragut yang meragut seorang wanita di Kampung Pintu Geng, dekat sini 20 April lalu, menerima penghargaan daripada Ketua Polis Kelantan, Datuk Abdul Rahim Hanafi di sini hari Ahad.

Kedua-dua remaja berkenaan, Mohd Atif Afifi Omardin dari Kampung Kebakat, Wakaf Bharu dan Mohd Azuan Abdullah dari Kampung Baru Pasir Pekan, masing -masing berusia 22 tahun diberi surat penghargaan dan wang saguhati bagi mengenang jasa dan pengorbanan mereka yang sanggup menggadai nyawa demi membantu masyarakat lain.

"Masyarakat sememangnya dituntut untuk membantu dan menjadi 'mata serta telinga' polis dalam usaha memerangi jenayah.

"Contoh yang ditunjukkan kedua remaja ini wajar diberikan penghargaan dan dijadikan ikutan pada anak-anak remaja yang lain," katanya kepada pemberita selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Pasukan Polis Diraja Kelantan di sini.

Dalam kejadian di Kampung Pintu Geng 20 April lalu, seorang wanita diragut beg tangannya oleh dua pemuda yang menunggang motosikal.

Mohd Atif Afifi dan Mohd Azuan yang mendengar jeritan meminta pertolongan daripada wanita terbabit segera mengejar dan berjaya menangkap kedua-dua peragut berkenaan.

Lagi berita...

No comments:

Post a Comment