08 May 2008

Parlimen bocor, baik pulih segera akan dilakukan

Kerja membaik pulih keseluruhan 30 saluran air yang menyebabkan kebocoran di laluan ruang legar parlimen semalam, akan dimulakan esok.

Menteri Kerja Raya, Datuk Ir Mohd Zin Mohamed ia dijangka siap dalam masa tujuh minggu.

Katanya, tempoh masa itu diperlukan kerana kerja-kerja pembaikan hanya akan dilakukan pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad dalam seminggu kerana parlimen bersidang pada hari lain.

Menurut Bernama, kebocoran air di laluan ruang legar Dewan Rakyat, katanya, dikenalpasti berlaku pada sambungan saluran paip hujan di bawah lantai bumbung yang menyebabkan air menitis keluar melalui geriji saluran penyaman udara.

Bercakap kepada pemberita di lobi parlimen, Mohd Zin berkata kebocoran itu berlaku apabila hujan lebat kerana air tersekat di sambungan paip hujan yang bengkang-bengkok, yang tidak pernah ditukar sejak 46 tahun lalu, menyebabkan takungan air keluar.

Lagi berita...

No comments:

Post a Comment