08 May 2008

Jika benar berlaku lompat parti, BN boleh cari ahli parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan

Mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak berhak untuk bercakap mengenai politik di Sabah dan Sarawak, kata seorang ahli parlimen Sabah hari ini.

"Saya tidak tahu persepsi Tun mengenai politik Sabah dan Sarawak. Beliau sudah tidak tahu isu-isu sebenar," kata ahli parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan.

"Kenyataan Tun itu bukan keutamaan, kerana ia boleh disifatkan sebagai kenyataan peribadi atau pandangan dari pemerhati politik sahaja, " katanya ketika ditemui Malaysiakini di bangunan parlimen hari ini.

Beliau yang juga setiausaha Pemuda Umno Malaysia berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Dr Mahathir mengenai kemungkinan ahli-ahli parlimen di negeri tersebut melompat menyertai Pakatan Rakyat.

"Jangan gelabah sangat, tiada apa yang perlu dirisaukan. Ahli parlimen Sabah setia kepada BN dan mereka juga faham konsep persekutuan (Malaysia).

"Saya pernah mendapat panggilan telefon dan SMS dari orang yang tidak dikenali supaya menyertai PKR tetapi saya buang sahaja.

"Buat apa saya masuk PKR selagi rohnya, kekuatannya hanya bergantung kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim," tegasnya lagi.

Lagi berita...

No comments:

Post a Comment