10 May 2008

Pak Uda Jumpa Yusof Chong Di Hospital

Selepas 7 hari dirawat di Hospital Selayang, kini kesihatan Zami Ismail atau lebih dikenali Pak Uda semakin pulih. Malah dia yang dikejarkan ke hospital pada 1 Mei lalu akibat sesak nafas kini mampu ketawa serta bergurau senda.

Semalam, tanpa diduga, Pak Uda menerima kunjungan lawatan daripada seorang penghuni hospital yang juga rakan lamanya. Dia adalah pelawak mimik, Yusof Chong. Kunjungan ke wad Pak Uda itu sekaligus mengubah suasana sepi kepada hilau tawa mereka berdua.

Pada masa kunjungan murai.com.my, Yusof Chong dengan tiba-tiba mengetuk pintu. Selepas masuk, Yusof Chong, 61, berseloroh, "Aku duk kat tingkat atas sebab aku darjah enam, engkau darjah 3 !" sambil menghulur tangan bersalaman. Kawan karib mereka, Ahmad Busu atau panggilan Mat Deris pun ada bersama.

Lagi berita...

No comments:

Post a Comment