Keadaan pelakon Nasreen Ngasri atau Darling, 25, bersama ibunya, Habibah Jaafar, 53, yang ditimpa kemalangan 2 hari lepas, semakin pulih namun masih menerima rawatan rapi. Kedua-dua mereka dipindahkan ke wad VIP di Hospital Tawakal Kuala Lumpur tepat jam 11 pagi tadi.
Darling, ibu serta adiknya, Norsuhada, 14, terbabit dalam kemalangan di kilometer 247, Lebuhraya Utara-Selatan dekat Plaza Tol Senawang kira-kira, jam 7.50 pagi kelmarin. Kereta BMW yang mereka naiki terbabas lalu terlanggar belakang sebuah lori yang membawa pokok bunga dalam keadaan hujan.
Ketika ditemui murai.com.my hari ini, Darling yang masih terlantar di katil mengadu sakit kepala selepas bius pembedahan di kepalanya mulai hilang. Pelakon itu dinasihatkan agar kurang bercakap kerana boleh mengakibatkan rasa pening di kepala.
Lagi berita...
No comments:
Post a Comment