
Bagaimanapun, jika jalan penyelesaian tidak tercapai, Hakim Syarie Shaarani Ismail menetapkan 17 Julai depan bagi perbicaraan permohonan Nash untuk menggantung dan seterusnya membatalkan perintah injunksi yang diperoleh secara ex-parte (sebelah pihak) oleh Sosilawati.

Sehubungan itu, pihaknya perlu masa untuk teliti notis berkenaan selain memohon tarikh bicara bagi pihak responden membuat soal balas kepada pemohon.
Sementara itu, peguam syarie Sosilawati, Datuk Mohd. Zaidi Mohd. Zain pula memberitahu, pihaknya telah memfailkan notis jawapan pada 11 Februari lalu namun tidak pasti mengapa ia lambat sampai kepada pemohon.
Kedua-duanya hadir ke mahkamah secara berasingan dan tidak bertegur sapa.
No comments:
Post a Comment