11 May 2008

Muhyiddin Yassin tidak bercita-cita besar

Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan laporan media bahawa beliau akan bertanding jawatan presiden dalam pemilihan Disember ini.

"Biar perwakilan yang menentukan...cawangan (Umno) belum bermesyuarat lagi.

"Saya dah naib presiden Umno, apa yang boleh saya cakap.

"Terpulang kepada perwakilan dan masih terlalu awal, pemilihan pun jauh lagi," katanya ketika ditemui di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini selepas menghadiri majlis sambutan ulang tahun Umno ke-62.

Muhyiddin berkata demikian ketika diminta mengulas laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris yang memetik beliau sebagai berkata akan bertanding jawatan presiden Disember ini.

Beliau yang juga menteri perdagangan antarabangsa dan industri berkata, masih terlalu awal untuk menyatakan jawatan yang beliau tandingi kali ini.

Lagi berita...

No comments:

Post a Comment