Empat orang ditahan termasuk seorang blogger dan seorang aktivis wanita, sewaktu menyertai demonstrasi anti-ISA selama 45 minit di George Town, Pulau Pinang pagi ini.
Aktivis sosial BK Ong dan blogger Satish Kumar ditahandi Plaza Gurney selepas menyertai demonstrasi di Gurney Drive kira-kira jam 11.10 pagi.
Dua orang lagi - Lau Shu Shi dan The Chun Hong - kedua-duanya dari Suaram - ditahan selepas mereka membuat laporan pois di ibupejabat polis di Jalan Patani, George Town pada jam 2.45 petang.
Ketua polis George Town, ACP Azam Abd Hamid berkata, Ong dan Satish Kumar ditahan kerana mereka ‘aktif' sewaktu demonstrasi yang disertai hampir 150 orang dekat bulatan Gurney Drive pada jam 10 pagi.
Perhimpunan tersebut, sebahagian daripada protes di seluruh negara, untuk menggesa kerajaan supaya membebaskan penasihat undang-undang P Uthayakumar mendapat rawatan yang sempurna.
Uthayakumar yang ditahan di bawah ISA pada 13 Disember tahun lalu bersama empat orang lagi pemimpin Hindraf, dikatakan mengalami masalah jantung.
Lagi berita...
No comments:
Post a Comment