08 May 2008

"...mempunyai unsur hasutan" terserah pada peguam negara - Najib

Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan tindakan Pengerusi DAP, Karpal Singh mempersoalkan titah Tuanku Mizan Zainal Abidin pada pembukaan sidang Dewan Rakyat sebagai satu cubaan merendahkan martabat Yang di-Pertuan Agong dan institusi raja.

Justeru, Timbalan Perdana Menteri menyerahkan kepada Peguam Negara untuk menilai dan menentukan sama ada kenyataan pemimpin DAP itu mempunyai unsur hasutan yang boleh menggugat kestabilan dan ketenteraman awam.

"Saya percaya pihak Peguam Negara akan memerhati perkembangan berhubung perkara ini. Kita tahu kuasa untuk membuat pendakwaan adalah kuasa Peguam Negara.

"Jadi, kita serah kepada Peguam Negara untuk menilai keadaan," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas mengiringi Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah melawat Kem Iskandar di sini hari ini.

lagi berita ...

No comments:

Post a Comment