04 May 2008

MB Perak terima keputusan Sultan Perak

MB Perak mohon ampun

IPOH – Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin akan menghadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dan menyerahkan warkah memohon ampun secepat mungkin atas tindakan beliau mengarahkan pertukaran dengan serta-merta Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP).

Mohammad Nizar berkata, beliau amat menghormati titah Sultan Azlan Shah berhubung perkara itu.

“Saya amat menghormati dan dengan rendah diri akan sentiasa patuh dengan apa juga keputusan yang dibuat oleh baginda Sultan Perak. Saya akan memohon menghadap dan menyerahkan warkah memohon ampun kepada baginda secepat mungkin,” katanya menerusi satu kenyataan di sini semalam.

Sementara itu, Datuk Jamry Sury berkata, beliau masih belum menerima sebarang keputusan daripada kerajaan negeri Pakatan Rakyat mengenai kedudukannya sebagai Pengarah JAIP berikutan titah Sultan Azlan Shah semalam yang mahukan beliau mengekalkan jawatannya.

Jamry, yang dijangka menghadap Sultan Azlan Shah pada Selasa ini mengenai perkara itu, berkata: “Setakat ini saya tidak mahu mengeluarkan apa-apa kenyataan selepas mendapat nasihat daripada pihak Istana dan Setiausaha Kerajaan Negeri.

http://www.kosmo.com.my

No comments:

Post a Comment