Home | Malaysiakini | Sinar Harian | Astro Awani | BHarian | Kosmo | Malaysia Gazette | HMetro | Mstar | Bernama | Majoriti | Gempak | Bebas News | Carigold | Blogger |
04 May 2008
Jurukamera Al Jazeera bebas dari Guantanamo
Saksikan wawancara beliau sebaik dibebaskan
DUBAI: Jurukamera Al Jazeera, Sami al-Haj, yang ditahan di penjara tentera Amerika Syarikat di Teluk Guantanamo selama enam tahun tanpa tuduhan sudah dibebaskan, kata stesen televisyen itu kelmarin.
Sami yang dilahirkan di Sudan menghadapi masalah kesihatan selepas melancarkan mogok lapar, tiba di ibu negara Sudan, Khartoum awal pagi semalam dengan sebuah pesawat tentera Amerika, kata stesen penyiar yang berpusat di Qatar itu.
Pihak Pentagon tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan ulasannya tapi menurut pegawai pertahanan Amerika di Washington yang enggan namanya disebut, "jurukamera itu tidak dibebaskan, sebaliknya diserahkan kepada kerajaan Sudan."
Al Jazeera berkata Sami diserbu oleh pegawai perisik Pakistan ketika berada berhampiran sempadan Afghanistan pada Disember 2001, walaupun dia memiliki visa pekerjaan sah dan bekerja untuk saluran Arab Al Jazeera di Afghanistan.
Sami yang didakwa merakam video Osama bin Laden, diserahkan kepada tentera Amerika pada Januari 2002 tapi tidak pernah dituduh atau dibawa ke muka pengadilan, kata saluran TV itu.
"Penahanannya selama enam tahun, tanpa proses asas yang sempurna, adalah satu ketidakadilan dan mengancam semua wartawan yang bekerja di kawasan yang berkonflik itu," kata Pengarah Eksekutif Jawatankuasa Melindungi Wartawan yang berpusat di New York.
Al Jazeera berkata Sami melancarkan mogok lapar sejak Januari 2007 dan makanan dipaksa masuk menerusi hidungnya dua kali sehari selepas diikat.
Menteri Kehakiman Sudan, Abdel Basit Sabderat, berkata Washington mempunyai masa yang mencukupi untuk menunjukkan sebarang bukti terhadap Sami dan Khartoum tidak merancang untuk menahannya lagi.
"Sebagai menteri kehakiman, saya tidak tahu wujud sebarang tuduhan terhadap Sami al-Haj," beliau memberitahu Al Jazeera.
Al Jazeera juga menunjukkan gambar Sami dibawa ke hospital dalam pengusung dan berkata dua lagi rakyat Sudan turut dibebaskan.
"Sudah tentunya kami gembira tapi sedih kerana masih ada saudara kami ditahan," Sami memberitahu Al Jazeera menerusi telefon. Dia mendakwa pihak berkuasa Guantanamo sering melanggar sensitiviti banduan Muslim. Reuters
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment