20 May 2008

Ku Li simpati terhadap Mahathir

Tengku Razaleigh Hamzah hari ini berkata beliau tidak akan mengikuti tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad keluar daripada Umno walaupun beliau beranggapan keputusan itu mungkin baik untuk menyedarkan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Ahli Parlimen Gua Musang itu berkata beliau tidak berhasrat meninggalkan Umno dan akan bertanding jawatan presiden pada pemilihan parti itu Disember akan datang.

"Kalau saya keluar daripada parti, saya hendak lawan dengan siapa," katanya kepada pemberita semasa ditemui selepas majlis ramah mesra anjuran Pertubuhan Perpaduan Melayu Kedah, di Alor Star hari ini.

Tengku Razaleigh berkata beliau bersimpati terhadap Dr Mahathir kerana terpaksa meninggalkan parti dalam keadaan yang dianggapnya sebagai menyedihkan, demikian menurut laporan Bernama.

"Dr Mahathir tidak sepatutnya mengambil tindakan ini (keluar) tapi apakan daya kerana beliau merasakan tiada tindakan yang lebih baik selain untuk keluar parti," katanya.

Lagi berita...

No comments:

Post a Comment