PUTRAJAYA 10 Mei - Kerajaan tidak akan memansuhkan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) tetapi akan menambah baik kaedah pelaksanaannya dari semasa ke semasa.
Sehubungan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang mengumumkan demikian berkata, kerajaan bersetuju untuk membuat beberapa penambahbaikan lagi dalam PTK tahun ini.
Antaranya:
- Bagi pegawai kerajaan Gred 1-16, kaedah ujian bertulis tidak akan digunakan untuk PTK. Lembaga Penilaian Kompentensi kementerian, negeri dan agensi akan menentukan kaedah lain sebagai ganti.
- Bagi pegawai gred-gred lain, faedah yang sedang dilaksanakannya juga akan dikaji semula dan dilaksanakan secara berperingkat.
Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap pada Perhimpunan Hari Pekerja Sektor Awam 2008 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, di sini hari ini.
- Utusan
No comments:
Post a Comment