Dua penjenayah warga Indonesia yang dipercayai cuba mencari ‘mangsa’ terbaru ditembak mati dalam kejadian berbalas tembakan di Plaza Tol Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE), Kubang Semang di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 1 tengah hari itu, kedua-dua lelaki berusia 30-an terbabit dipercayai anggota Geng Palembang menaiki sebuah Proton Iswara bersama dua lagi rakannya yang menaiki sebuah motosikal.
Kumpulan itu dalam perjalanan dari Padang Serai, Kedah menuju Butterworth dipercayai untuk melakukan jenayah sebelum diekori sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Kontijen Pulau Pinang.
Apabila menyedari diekori, seorang daripada mereka yang berada di dalam kereta dipercayai melepaskan beberapa das tembakan lalu dibalas anggota polis sebelum terhenti di lorong Touch n Go.
Pemangku Ketua Polis Negeri, Datuk Salleh Mat Rasid, berkata sebuah pasukan khas menjejaki pergerakan kumpulan berkenaan kerana dipercayai banyak melakukan samun ke atas pelanggan bank.
Lagi berita...
No comments:
Post a Comment