Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata "Jom Heboh tanpa konsert adalah satu keutamaan" jika ia hendak diadakan.
"Artis-artis yang menimbulkan contoh-contoh yang buruk seperti Faizal Tahir atau aliran artis lain daripada aliran rock, dangdut dan seumpamanya yang mempromosikan gelagat-gelagat liar dan ala kebudak-budakan yang menghapuskan nilai-nilai kematangan hidup tidak boleh dibenarkan," katanya hari ini.
Menurut kenyataannya yang dimuatkan di blognya, senarai artis bakal mengadakan persembahan hendaklah mendapat persetujuan Jabatan Mufti.
"Secara umumnya dicadangkan artis-artis puisi seperti Kopratasa, Ramli Sarip dan Suhaimi Mior Hassan ataupun kumpulan-kumpulan nasyid di tanah air," kata Dr Mohd Asri.
Syarat-syarat tambahan yang disarankan mufti Perlis termasuklah:
1) Sebarang aktiviti-aktiviti yang memperlihatkan nilai-nilai kebodohan yang seakan-akan memperlekehkan akal dan pemikiran rakyat tidak boleh dibenarkan.
2) Unsur-unsur khurafat seperti penampilan kepercayaan-kepercayaan misteri dan karut tidak dibenarkan, termasuk larangan jualan barang-barangan dianggap khurafat dan tahyul seperti kayu koka.
3) Penganjur hendaklah menghormati sensitiviti orang Islam seperti tidak menguatkan bunyi-bunyian pada waktu solat sehingga kelihatan seperti tidak menghormati agama.
lagi berita di http://www.malaysiakini.com/news/82206
No comments:
Post a Comment