Home | Malaysiakini | Sinar Harian | Astro Awani | BHarian | Kosmo | Malaysia Gazette | HMetro | Mstar | Bernama | Majoriti | Gempak | Bebas News | Carigold | Blogger |
03 May 2008
Faizal Tahir mahu jadi superman kerana krisis identiti
Saksikan video ucapan Dr.Asri tentang jom heboh
Jadilah penyanyi berwibawa, 'kata dua' Mufti untuk Faizal!
Susulan dari 'kekecohan' teguran dan surat bantahan yang dikeluarkan oleh Jabatan Mufti Perlis, penyanyi kontroversi Faizal Tahir telah digugurkan dari membuat persembahan di Jom Heboh di Perlis yang dijadualkan berlangsung esok dan lusa, 3 dan 4 April.
Pihak Media Prima juga telah mengesahkan bahawa penyanyi-penyanyi yang sudah mendapat 'lesen' untuk membuat persembahan bagi Jom Heboh adalah Jay Jay, The Lima (Gang Starz), Fazli Zainal, Ramlah Ram, Farahwahida, Mila dan Ayu (OIAM).
Ketika dihubungi, Dr Asri berkata walaupun dia membantah persembahan Faizal namun ia tidak bermakna yang beliau tidak menyukai muzik Faizal.
"Saya bukan menentang muzik yang dibawa Faizal. Saya cuma tak suka Faizal melompat-lompat, menjerit dan tunjuk tangan. Kalau nak melompat-lompat macam tu, pergi ambil bahagian acara sukan atau International WWF, nanti saya pergi tengok...," jelas Dr Asri dalam perbualan telefon hari ini.
Jelasnya lagi, "Lompat-lompat ni macam dalam majlis sukan sahaja...."
Katanya lagi, "Saya bukan anti hiburan atau menghalang hiburan. Tapi ianya mesti berlangsung dalam keadaan terkawal serta tidak menyimpang daripada budaya dan ajaran Islam. Ia cuma satu teguran membina."
Menurut Dr Asri, dia sedar ramai yang berfikiran dia 'menghukum' Faizal kerana insiden bekas penyanyi kumpulan nasyid itu yang membuka baju tempoh hari dalam satu pertunjukan pentas.
"Sebenarnya itu tidak benar. Itu hanya satu insiden saja. Seperti yang saya cakapkan tadi, saya tidak suka cara dia menjerit-jerit, melompat-lompat tak tentu arah tu. Adakah ibu bapa akan membenarkan anak mereka melihat penyanyi sebegitu?," tanya Dr Asri.
Kata beliau lagi, dia berharap sangat agar perkara yang sebetulnya diperjelaskan kepada Faizal.
"Tolong bagi tahu Faizal, tak payahlah melompat-lompat dan menejrit-jerit macam tu. Jadilah penyanyi yang berwibawa bukan yang kebudak-budakkan. Kita nak dengar lirik dan suara yang merdu..," kata mufti yang agak vokal itu.
Turut mendapat bantahan Dr Asri adalah 'artis yang tidak menunjukkan contoh baik' seperti artis dangdut serta rock.
Mufti itu juga tetap beranggapan Faizal masih mengalami 'krisis identiti' kerana 'sekejap mahu jadi manusia, sekejap mahu jadi Superman' dan "tidak tahu hala tuju yang hendak dibawanya."
Kontroversi yang tercetus di antara Mufti Perlis dan Faizal Tahir turut 'mengheret' Menteri Besar Perlis, Dr Md Isa apabila dilaporkan berkata yang dia tidak kenal akan Faizal Tahir.
"MB tak salah...Dia tak kenal Faizal sebab dia hidup time P.Ramlee...," kata Dr Asri.
http://www.mstar.com.my
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment