18 May 2008

Bukankah SPR sepatutnya suruhanjaya bebas?

Keputusan membatalkan penggunaan dakwat khas dalam pilihanraya umum 8 Mac lalu bukan satu arahan, tetapi sebaliknya pandangan kerajaan kepada Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Perdana Menteri berkata walaupun pada dasarnya keputusan itu dibuat oleh kerajaan namun ia disampaikan dalam bentuk pandangan dan keputusan akhir tetapi tertakluk kepada budi bicara SPR selaku suruhanjaya yang menggerakkan perjalanan pilihan raya di negara ini.

"Memang perkara itu menjadi tajuk yang dibincangkan dalam Kabinet sebab kita ada beberapa maklumat berkaitan perkara ini, antaranya ada pihak-pihak tertentu yang telah pun membeli dakwat ini walaupun mereka tidak ada kuasa untuk membelinya.

"Dan kita mencurigai bahawa dakwat itu akan digunakan dengan cara-cara yang boleh mengelirukan dan menimbulkan keadaan yang boleh menyulitkan, boleh membawa masalah kepada proses pengundian yang berlaku pada hari itu," katanya.

Menurut laporan Bernama, Abdullah berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman semalam, bahawa penggunaan dakwat khas itu tidak diluluskan oleh Kabinet walaupun telah dipersetujui oleh SPR.

Perdana Menteri berkata, pihaknya ada menerima laporan bahawa penggunaan dakwat itu akan membawa kepada beberapa masalah yang tidak diingini justeru ia dibatalkan selepas mengambil kira faktor-faktor tertentu.

"Saya kata begini, soalnya kita hendak teruskan juga (penggunaan dakwat khas) dan biarkan kemungkinan berlaku sesuatu daripadanya atau kita kata tak payah pakailah kerana itu lebih terjamin, tidak akan ada masalah.

"Pilihanraya sudah berjalan dengan baik, keputusan sudah diumumkan dan semua pihak dah menerima, jadi apa lagi yang hendak dijadikan isu," katanya.

www.malaysiakini.com

No comments:

Post a Comment