Ahli dewan undangan negeri (Adun) Hee Yit Fong dari DAP tidak menolak atau menafikan khabar angin bahawa beliau akan melompat menyertai Barisan Nasional (BN).
"Saya tidak mahu terbabit dalam perdebatan ini, bila tiba tiba masanya kebenarannya akan diketahui juga...masa akan menentukannya," katanya berulangkali mengenainya hari ini.
Hee, yang juga timbalan speaker dewan undangan negeri (DUN) Perak, memberitahu Malaysiakini bahawa beliau tahu mengenai khabar angin itu, tetapi mendakwa tidak tahu siapa yang di belakangnya dan motif mereka berbuat demikian.
"Khabar angin hanyalah khabar angin. Kita tidak boleh menyekat orang nak sebar khabar angin...saya tidak ada masa untuk menyiasat siapakah yang menyebarkannya," tambah beliau.
Hee mencipta sejarah pada 22 April lalu, apabila dilantik sebagai wanita dan orang kurang upaya (OKU) pertama menjadi timbalan speaker di DUN.
Lagi berita...
No comments:
Post a Comment