Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob hari ini berkata beliau tidak pernah berminat untuk bertanding jawatan ketua Pemuda Umno pada pemilihan parti Disember ini.
Bagaimanapun Adnan yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pahang berkata jika dicalonkan untuk jawatan Naib Presiden, beliau akan "melihat pada keadaan".
"Saya tidak mahu bertanding jawatan (ketua Pemuda) tersebut (tapi) kalau nak calon jawatan naib presiden dan lain-lain, tengoklah keadaan," katanya kepada pemberita di sini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Ketua Pemuda Umno Pahang Datuk Khairuddin Yaakob baru-baru ini bahawa 14 bahagian Pemuda Umno Pahang akan mencalonkan beliau untuk bertanding jawatan Ketua Pergerakan Pemuda Umno.
Adnan berkata: "Idea (untuk calonkan saya) itu dilontarkan oleh Ketua Pergerakan Pemuda Umno Pahang, kalau saya tak keluarkan kenyataan, orang ingat saya baling batu sembunyi tangan, sebenarnya saya tidak tahu menahu cadangan mereka ini.
Lagi berita...
No comments:
Post a Comment