Johor saran pelan pengganti PM
Badan perhubungan Umno Johor menyarankan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyediakan "pelan tindakan peralihan" pengganti beliau.
Sumber-sumber memberitahu Malaysiakini, dalam pertemuan lebih dua jam, pelan tersebut dikemukakan sebagai persiapan awal Umno menghadapi pilihanraya umum akan datang.
Tempoh peralihan itu tidak ditetapkan masanya tetapi ia mesti juga dibuat.
Perkara itu disuarakan sendiri oleh menteri besar dan ketua badan perhubungan Umno Johor, Datuk Abdul Ghani Othman kepada Abdullah.
Menurut sumber, Abdul Ghani berkata: "Pelan (pengganti Abdullah) itu (disarankan) supaya orang berasa lega dengan kepemimpinan parti (Umno)."
Cara Umno negeri itu menyampaikan saranan kepada Abdullah dan parti tidak sekeras Umno Kedah dalam pertemuan dengan jawatankuasa pengurusan parti semalam, kata sumber lagi yang turut hadir dalam majlis tertutup itu.
"(Cara bersuara) ini budaya orang Johor.
"Kita (Umno negeri) sayangkan perdana menteri tetapi perdana menteri perlu juga melihat mood ahli Umno (negeri)," kata sumber.
Bercakap selepas Abdul Ghani, menurut sumber itu lagi, seorang anggota badan perhubungan negeri menambah bahawa majlis penerangan sahaja tidak memadai kerana "orang (ramai) tidak mahu mendengar".
Beberapa lagi ketua bahagian mendesak pelan peralihan dilakukan segera.
"Pelan peralihan itu adalah penyelesaian segera dan perlu dimaklumkan kepada orang ramai," kata seorang daripadanya.
lagi berita http://www.malaysiakini.com/news/81252
No comments:
Post a Comment