PKR sambut baik kelulusan permit Suara Keadilan
KUALA LUMPUR: Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyambut baik keputusan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar meluluskan permohonan permit akhbar Suara Keadilan.
"Keputusan itu akan dapat membuka lebih banyak ruang untuk kritikan serta menyebarkan ideaidea reformasi Parti Keadilan Rakyat dengan lebih meluas dan berkesan," kata Ketua Penerangan PKR Tian Chua dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Tian Chua, yang juga Anggota Parlimen Batu, berkata parti itu turut mengalualukan pengumuman Menteri Dalam Negeri untuk mengkaji semula Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 kerana ia sejajar dengan tuntutan PKR dan pertubuhan masyarakat sivil dalam menuntut hak untuk bersuara dan hak setiap parti memiliki serta menerbitkan akhbar sendiri.
Lidah rasmi PKR itu mula diterbitkan sejak Jun 2005 dengan penerbitan dua minggu sekali.
Syed Hamid dalam satu temuramah dengan akhbar berbahasa Inggeris tempatan The Sunday Star hari ini dipetik sebagai berkata kerajaan sudah pun meluluskan permohonan PKR mendapatkan lesen bagi menerbitkan akhbar itu. BERNAMA
No comments:
Post a Comment