15 April 2008

Suruhanjaya diraja sudah boleh ditubuhkan demi membersihkan nama Mahathir

Mahathir rela disiasat s'jaya diraja

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau sedia dihadapkan ke suruhanjaya diraja berhubung dakwaan penyalahgunaan kuasa sewaktu menjadi perdana menteri.

Dalam jawapannya kepada surat peguam terkemuka Datuk Param Cumaraswamy hari ini, Dr Mahathir berkata beliau sedia berbuat demikian, tetapi menegaskan Param pula akan menolak suruhanjaya tersebut kerana didakwa kurang integriti.

"Hanya jika beliau sahaja yang menganggotai suruhanjaya tersebut, maka barulah beliau dapat menerima keputusannya. Nampaknya itulah pendekatan kehakiman yang boleh diterimanya," katanya dalam suratnya kepada Malaysiakini hari ini.

Dr Mahathir menjawab surat Param yang disiarkan oleh Malaysiakini Jumaat lalu.
Param adalah bekas pelapor mengenai kebebasan hakim dan peguam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Param menulis surat tersebut dalam reaksinya kepada surat Dr Mahathir yang disiarkan oleh akhbar The Sun pada 7 April lalu.

Dalam suratnya hari ini, Dr Mahathir juga menjelaskan mengapa beliau tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap Datuk Shafee Yahya - bekas ketua pengarah Badan Pencegah Rasuah (BPR) - yang mendakwa mantan perdana menteri itu telah mengarahkannya supaya menutup siasatan terhadap ketua pengarah Unit Perancang Ekonomi 10 tahun lalu.

Beliau sekali lagi mempertahankan dirinya berkaitan skandal klip video Datuk VK Lingam, yang didakwa mengatur pelantikan hakim-hakim.

“Saya telahpun menjelaskan kepada suruhanjaya (diraja) bahawa tiada undang-undang yang menghalang saya daripada mendengar pandangan mengenai calon hakim.

"Tetapi siapa yang saya rekomen adalah keputusan saya sendiri. Lingam mungkin mempengaruhi hakim-hakim dsb, tetapi itu tidak bermakna saya membuat keputusan berdasarkan pandangan Lingam. Kebenarannya ialah saya tidak pernah dilobi oleh Lingam."

http://www.malaysiakini.com

No comments:

Post a Comment