Anwar Gesa Perdana Menteri Siasat Dr Mahathir
KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menjalankan siasatan terbuka terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad sewaktu mengetuai kerajaan selama 22 tahun.
Anwar mendakwa Dr Mahathir merosakkan sistem kehakiman, menyalahgunakan kuasa dan menyeleweng dana awam, termasuk untuk anak-anaknya, katanya berucap pada perhimpunan Black 14 di Kelab Sultan Suleiman, Kampung Baru di sini Isnin malam.
Beliau juga berharap penyokongnya menunggu dua minggu lagi sebelum beliau membuat pengumuman untuk bertanding atau tidak dalam pilihan raya kecil.
Kira-kira 10,000 orang menghadiri sambutan sempena pembebasan Anwar daripada sekatan undang-undang untuk memegang jawatan dan aktif dalam politik, dengan kawasan itu dikawal ketat oleh polis.
Bernama
No comments:
Post a Comment