17 April 2008

Singapura hantar pesawat tangki minyak tentera ke Teluk

SINGAPURA: Singapura hari ini menghantar sebuah pesawat pembekal minyak tentera ke Teluk sebagai sumbangan terbarunya dalam usaha antarabangsa membantu pembinaan semula di Iraq dan Afghanistan.

Kementerian Pertahanan Singapura dalam satu kenyataan hari ini berkata, pesawat Tentera Udara Singapura (SAF) itu akan mengendali misi mengisi minyak udara-ke-udara bagi membantu tentera gabungan semasa tugasan selama tiga bulan.

Sejak 2003, SAF telah melakukan empat tugasan pesawat pengisi minyak KC-135, empat tugasan ’Landing Ships Tank’, dan satu tugasan pesawat pengangkut C-130 ke Teluk. - Bernama

No comments:

Post a Comment