Batalkan sahaja Monsoon Cup
Masih tidak terlewat untuk membicarakan isu Piala Monsun (Monsoon Cup) yang akan diteruskan dengan sedikit ubah suai sebagaimana dijelaskan oleh Exco Kerajaan Terengganu, Dato' Abdul Rahin Mohd Said baru-baru ini.
Kerajaan Terengganu di bawah pentadbiran Menteri Besar yang baru, Dato' Ahmad Said akan meneruskan kejohanan Piala Monsun tahun ini, tetapi dengan sedikit pengubahsuaian selaras dengan kehendak penduduk tempatan. Keputusan tersebut sekali gus menafikan dakwaan setengah pihak bahawa pimpinan baru kerajaan negeri akan membatalkan program tersebut kerana ia dikatakan membazir.
Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Dato' Abdul Rahin berkata, kejohanan tersebut tetap diteruskan kerana ia merupakan acara antarabangsa.
Bagaimanapun jelasnya, kerajaan negeri memutuskan akan membuat beberapa pengubahsuaian terutama dari segi pengisian acara bagi memastikan kejohanan tersebut membabitkan semua pihak termasuk penduduk tempatan.
"Antara acara yang diteliti untuk dihidupkan sempena kejohanan Piala Monsun adalah lumba perahu tradisi dan lain-lain yang difikirkan sesuai," katanya semasa berucap di majlis perjumpaan Menteri Belia dan Sukan, Dato' Ismail Sabri Yaakob bersama badan bukan kerajaan (NGO) melibatkan belia di Kuala Terengganu baru-baru ini.
Mengulas lanjut Abdul Rahin berkata, kerajaan negeri akan mendapatkan pandangan beberapa pihak dalam tempoh terdekat ini bagi mengadakan beberapa pengubahsuaian terhadap kejohanan Piala Monsun.
Katanya, pandangan mereka perlu diambil kira kerana sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, pandangan akar umbi seharusnya didahulukan bagi memastikan setiap program dirancang benar-benar mendatangkan manfaat kepada rakyat.
Sebagai latar belakang sejarahnya, piala tersebut diraikan permulaannya dalam ulang tahun peristiwa rasmi ke-50 bagi Lawatan Perlawanan Sweden (Swedish Match Tour) dan merupakan acara di Malaysia bagi perlawanan pelayaran antara bangsa ternama.
Digelar �The Formula One of Sailing�, siri pelayaran profesional dibentuk pada 2000 bagi menyatukan regata saingan perlumbaan terbaik dunia disatukan di bawah satu naungan.
Lawatan Perlawanan Sweden terdiri daripada sembilan lokati terpilih khas di seluruh dunia. Sebagai siri pelayaran antarabangsa terkemuka di dunia, acara lawatan ini diakui sebagai regata yang mesti dihadiri dalam litar saingan perlumbaan.
Piala Monsun 2005 diadakan di Pulau Duyong, Terengganu, dari 29 November hingga 4 Disember 2005.
Piala Monson 2006 pula menawarkan hadiah wang tertinggi di dunia (RM1 juta) bagi acara perlumbaan dengan penaja Mr Richard Mille dari Richard Mille Watches.
Richard Mille juga akan menjadi penaja rasmi bagi acara ini ketika itu. Sementara Piala Monson 2006 di adakan di pulau yang sama, dari 29 November hingga 3 Disember 2006. Ia berlangsung ketika angin monsun bertiup di musim tengkujuh setiap hujung tahun.
Acara ini antara projek membazir Barisan Nasional (BN) mendapat bantahan banyak pihak khususnya rakyat negeri itu.
Sebanyak RM300 juta setahun dibelanjakan untuk Monsoon Cup dikendalikan oleh Patrick Lim, kroni Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Rakyat Terengganu hanya menyaksikan projek itu dilaksanakan termasuk penduduk Pulau Duyong tanpa ada apa-apa manfaat besar untuk mereka.
Sementara itu terbongkar kisah di sebalik projek membazir itu, Dato� Abu Bakar Chik, Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu yang juga Pengerusi Institut Kajian Polisi Negeri (IKPNT) menyatakan bahawa pihak PAS Terengganu mempunyai maklumat tentang beberapa tata cara kewangan yang agak pelik berlaku di dalam pengurusan pembangunan Pulau Duyong dan Pulau Wan Man Kuala Terengganu.
"Antaranya adalah penglibatan Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PERMINT) sebagai badan penyaluran Wang Ehsan kepada projek-projek di Pulau Duyong dan Pulau Wan.
"Wang Royalti atau Wang Ehsan tidak masuk ke dalam akaun negeri, tetapi disalurkan terus melalui akaun PERMINT kepada projek-projek tersebut," kata Dato� Abu Bakar Chik baru-baru ini.
Patrick Badawi (meminjam gelaran oleh Tun Mahathir) akan terus memonopoli penganjuran Monsoon Cup untuk selama 8 tahun.
Ini merupakan perjanjian kontrak yang telah dimeterai Patrick Badawi dengan menteri besar lama, Dato' seri Idris Jusoh sebelum ini.
Oleh itu, dipercayai Monsoon Cup tidak boleh dihentikan kerana terikat dengan kontrak yang dirangka sebegitu rupa, yang sudah tentu telah mengambil kira kepentingan diri masing-masing dalam agenda rompakan duit rakyat.
Didakwa Patrick Lim mendapat kira-kira RM300 juta setahun untuk penganjuran Monsoon Cup dan tempohnya tamat sehingga 2012, dikira kontrak bermula tahun 2005.
Bayangkan berapa banyak wang akan diperolehi kroni Umno itu dari projek berkenaan?
Sebelum itu Bekas Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Komunikasi Terengganu, Dato' Wan Hisham Wan Salleh, dilaporkan mendakwa Monsoon Cup mencetuskan penyebaran maklumat ke seluruh dunia kerana pertandingan perahu layar sembilan siri itu mendapat liputan antarabangsa sekali gus platform mudah mempromosi Terengganu ke persada dunia.
Liputan Monsoon Cup untuk Asia menerusi ESPN Star selain 13 saluran sukan stesen TV untuk siaran di United Kingdom, Eropah, Eropah barat dan timur, Belanda, Portugal, Asia Barat, Asia, negara Scandinavia, New Zealand, negara Latin dan Amerika Selatan, Afrika, Jepun, Amerika Syarikat dan Australia.
Namun, beliau berkata, impak lain dan yang tersirat di sebalik Monsoon Cup ialah penukaran pemikiran masyarakat tempatan yang selama ini menunggu kedatangan musim tengkujuh dengan resah.
Melalui musim hujan itu dengan kepayahan. Kemudian menjalani kehidupan selepas tengkujuh dengan beban.
"Monsoon Cup bukan setakat perlumbaan perahu, tetapi menukar persepsi musim tengkujuh yang masih boleh dimanfaatkan dengan pelbagai aktiviti yang boleh menjana ekonomi khususnya bidang pelancongan.
"Ia juga bukti sektor pelancongan tidak lagi bermusim di Terengganu. Monsoon Cup berjaya menukar persepsi bahawa musim tengkujuh bukan untuk berdiam diri di rumah.
"Kalau di negara sejuk, mereka memakai pakaian tebal ketika musim salji. Jadi di sini, kita menggunakan payung dan baju hujan ketika tengkujuh untuk meneruskan kegiatan seharian," katanya yang juga Pengerusi T-Best Events Sdn Bhd (T-Best), syarikat yang dikatakan menganjurkan Monsoon Cup.
Persoalannya apakah manfaat yang diperolehi oleh rakyat setempat dari penganjuran Monsoon Cup itu?
Apakah hasilnya kepada kerajan negeri diperolehi dari projek itu, hanya sekadar memperkenalkan Terengganu ke mata dunia. Berapakah pelaburan asing berjaya di tarik masuk ke negeri tersebut melalui Monsoon Cup?
Berapa juta pelancong asingkah datang ke Terengganu untuk menyaksikan pertandingan itu dan berapa bilionkah wang dihasilkan dari kedatangan pelancong berkenaan?
Berapakah jumlah penduduk setempat menjadi kaya dan membabitkan diri dalam projek monsoon cup itu?
Yang pasti beratus juta wang rakyat dihabiskan untuk permainan perahu layar di muara sungai yang tidak bercabaran itu.
Yang pastinya kroni Umno membolot kekayaan tidak terhingga dari Monsoon Cup. Rakyat setempat terus miskin dan terhimpit dengan masalah kemiskinan.
Kerajaan tidak ada masalah untuk membatalkan projek membazir itu demi semata-mata untuk menyelamatkan wang rakyat dibelanja kepada perkara yang tidak perlu apa lagi di saat dunia kini menghadapi krisis ekonomi dan makanan meruncing.
Seharusnya ia diberhentikan segara tanpa memikirkan bagaimana mahu mengubahsuainya lagi.
Tumpuan perlu diberikan kepada bagaimana melaksanakan projek untuk kebaikan rakyat termasuk bersedia menghadapi krisis kenaikan harga barang dan kekurangan makanan dunia yang impaknya lambat laun tertimpa juga ke atas kehidupan rakyat negeri tersebut.
http://www.harakahdaily.net
No comments:
Post a Comment