Home | Malaysiakini | Sinar Harian | Astro Awani | BHarian | Kosmo | Malaysia Gazette | HMetro | Mstar | Bernama | Majoriti | Gempak | Bebas News | Carigold | Blogger |
22 April 2008
Buka jalan di persimpangan Bandar Mahkota Cheras, Tiada Restu MPKJ
Countdown Video. Bandar Mahkota Cheras "Buka Jalan"
Kebetulan saya bercuti hari ini. Sebaik mahu merebahkan badan untuk melepaskan sedikit penat (sebaik menghantar anak dan isteri ke sekolah), saya merima SMS daripada saudara Saripol (Penghulu Seksyen) di Seksyen 3 ini. Beliau memaklumkan 95% persetujuan telah dicapai untuk membuka jalan di persimpangan Bandar Mahkota Cheras ke jalan menuju Taman Tun Hussein melalui lebuh raya Grand Saga.
Lalu saya fikir elok juga mengambil kesempatan ini untuk mengetahui lebih lanjut apa sebenarnya isu di sebalik jalan yang bertutup ini. Apatah lagi saya juga antara ribuan penduduk yang terkesan daripada penutupan jalan yang menjadi kontroversi ini--juga yang akan menikmati untung dari pembukaannya!
Sekitar jam 9.45 saya sudah sampai di lokasi tersebut (yang sebetulnya sekitar lima minit sahaja daripada rumah saya). Sebuah jentolak nampaknya sedang bersiap sedia. Manakala ratusan penyokong mulai membanjiri kawasan itu . Selang beberapa minit kemudian kelibat AJK Buka Jalan (wakil DAP, juga wakil PKR) kelihatan muncul menyemarak suasana.
Teriakan, pekikan "Buka jalan... buka jalan...buka jalan..." bergema lantang. Pemimpin-pemimpin tadi juga bersemangat, dan bertambah ghairah. Mereka memaklumkan untuk menunggu kehadiran YDP, Majlis Perbandaran Kajang. Jam sudah menginjak 10.00 pagi. Suara-suara desakan semakin bergema. Lautan anusia semakin melimpah ruah. Dari ratusan mungkin sudah jadi ribuan manusia.
Jam 10.15 kalau tiada YDP ataupun wakil daripada MPKj sekalipun, jentera itu pasti akan merobek tembok batu yang gah berdiri sejak setahun yang lalu. Demikian makluman daripada wakil jawatankuasa.
Jam sudah melewati 10.17, maka desakan dan kehendak tidak dapat ditahan-tahan lagi. Jentera yang tadinya diam bersedia kini mula bekerja. Suasana bagaikan pesta pula. Lima belas minit berselang sebuah lagi jentera datang. Agaknya bosan bekerja sendirian. Mahukan pasangan ikut serta dalam menempa sejarah ini.
Hampir lima belas minit ke pukul 11, YDP MPKj mula menunjukkan muka. Apa lagi, rombangan 'cik kiah' itu pantas diserbu untuk mendapatkan penjelasan. Dengan sedikit naluri kewartawanan yang ada dalam diri saya, saya dapat menghidu sedikit maklumat berita. Kata beliau," Perkara ini (isu jalan) masih belum diputuskan. Kerajaan negeri, pemaju dan pihak berkenaan perlu pula melantik professional surveyor bagi menangani isu ini. Perkara ini akan diurukan dalam tempoh tiga hari."
Jerit pekik kian berkumandang. Jentera dan jentolak bekerja seperti biasa. Malah ditambah pula sebuah lagi kren untuk mengangkat batu-batu besar ke dalam lori yang sedia menanti. Pertemuan dengan YDP nampaknya gagal memuaskan hati penduduk. Mereka mendakwa sudah menunggu lama untuk menyelesaikan hal itu.
Sehingga jam 12 tengahari kerja-kerja meroboh tembok masih berjalan. Bisik-bisik daripada orang Grand Saga, "Ah.. biarkan... nanti kita buat balik!".
Sehingga saya sudah tiba di rumah jam 12.30 tengahari, dari jauh kelihatan kren masih lagi sedang bekerja. Esok, mungkin saya sudah tidak dapat singgah untuk membeli nasi lemak di gerai Mak Cik Salmiah di jalan keluar ke Sg Long lagi!
http://celikhuruf.blogspot.com/
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment