22 April 2008

Rancangan Blog 15 minit terlalu singkat dan tidak munasabah

Shebery Chik……… tolong stop rancangan BLOG, 15 minit TV1

Assalaimualikum dan salam sejahtera


Pertama , tahniah kepada YB Dato’ Ahmad Shabery Chik , kerana dilantik sebagai Menteri Penerangan.

Kedua , tahniah juga kerana ‘berani’ , walaupun nampak takut-takut sikit untuk membuat perubahan seperti yang dituntut oleh rakyat terbanyak. Perubahan dan reformasi dalam semua sudut di Kementerian Penerangan, seperti kaedah penyampaian berita dan maklumat.


Alhamdulillah , salah satu yang dijanjikan YB Dato’ ialah untuk mengadakan Rancangan BLOG , seperti mana yang disiarkan malam tadi di TV1, jam 8.45malam.

Saya menyokong penuh rancangan ini , walaupun ada seruan dan cadangan supaya diboikot semua saluran media cetak dan elketronik., tetapi saya mengambil pendekatan dan kaedah berbaik sangka , mungkin kerajaan akan lebih perihatin dan sanggup melayan permintaan rakyat terbanyak , walaupuan selama ini kerajaan hanya mesra dengan pembesar -pembesar di kalangan parti pemerintah sahaja. Kesediaan kerajaan untuk lebih mesra dengan rakyat terbanyak amat lah dialu – alukan.

Sayang sekali , walaupun rancangannya bagus, tetapi tempoh siarannya sangat pendek , kalau tak silap rancangan terpendek yang pernah disiarkan oleh RTM , khususnya TV1

Saya ingin mencadangkan supaya YB Dato mewujudkan satu anugerah baru dalam pertandingan – pertandingan yang dianjurkan oleh RTM , pada masa – masa akan datang , di dalam kategori RANCANGAN TERPENDIK POPULAR. Sekiranya dipersetujui , saya amat yakin , Rancangan BLOG ini akan terus menggondol anugerah bagi tempoh masa yang lama , mungkin selepas YB Dato tidak lagi menjadi menteri ianya masih diadakan dan diudarakan.

Bukan apa , nampak sangat tahap kewarasan dan keintekektualan serta jangkauan otakYB Dato masih lai berada di peringkat kampong di Kemaman , jauh sekali untuk mencapai tahap nasional , apatah lagi ke peringkat glokal dan antarabangsa.

Kesian saya melihat tetamu yang diundang Yang Berbahagia Dato’ A Kadir Jasin , tidak sempat untuk menarik nafas , dengan soalan bertalu – talu dan bertali arus dari pengacara Sdr Hashim Abu Hanifah.

Walauagaimana pun , saya sangat berbesar hati , kerana menerusinya ,iaitu dengan kaedah yang berlebih kurang ini , tidak bersungguh – sungguh , takap muat yang diamalkan oleh kerajaan yang ada pada hari ini , ia dapat mengekalkan malah meningkatkan lagi tahap kebencian , kemarahan , kemeluatan , dan tekad rakyat terbanyak untuk menjatuhkan UMNO/BN dalam PRU-13 nanti, seperti tidak sabar – sabar rakyat terbanyak menunggu PRU-13 , tahun 2012 atau 2013 nanti.

Sehubungan dengan itu , untuk tidak menambahramaikan lagi musuh UMNO/BN , kini dan masa akan datang , adalah dengan ini saya syorkan supaya YB Dato memberhentikan sahaja rancangan ini.

http://www.detikdaily.net

No comments:

Post a Comment