Rahim tawar pimpin Pemuda
Bekas ketua pemuda Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik bersedia memimpin semula pergerakan itu jika anggota-anggotanya bersedia menerima beliau.
Beliau yang menang jawatan itu pada 1993 tidak sempat memimpin pergerakan itu susulan dakwaan skandal dengan gadis bawah umur dan jawatan itu kemudian dipangku oleh Datuk Seri Nazri Aziz, kini menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Selain menganggotai Majlis Tertinggi (MT) Umno, bekas ketua menteri Melaka itu kini pengerusi Gagasan Badan Ekonomi Melayu (Gabem).
"Seorang ketua Pemuda haruslah tidak mempunyai jawatan dalam kabinet untuk membolehkan mereka menegur pemimpin-pemimpin parti komponen BN," katanya kepada Malaysiakini sebelum menyertai pertemuan Gabem di bangunan PWTC petang ini.
"Banyak pemimpin yang berkaliber, tetapi ahli perlu memilih yang terbaik supaya pergerakan Pemuda Umno menjadi yang terbaik," tambahnya.
Rahim, 56, menegasakan bahawa pemilihan ketua pemuda Umno tidak perlu terikat dengan umur.
Rahim berkata, ketua pemuda seharusnya tidak menjadi ahli kabinet bagi memudahkan menegur pemimpin Umno dan BN.
"Pemuda perlu menjadi pemantau dan penegur kepada parti dan kerajaan," katanya.
Sebelum ini, anak bekas perdana menteri, Datuk Mukhriz Mahathir dan bekas menteri besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo menyatakan kesediaan untuk bertanding jawatan ketua pemuda Umno dalam pemilihan kali ini.
Ketua Pemuda sekarang, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein telah menyatakan beliau tidak akan mempertahankan jawatan tersebut.
http://www.malaysiakini.com
Hari itu dalam sejarah
PUTRAJAYA, 8 JAN 2008 - GAGASAN Badan Ekonomi Melayu (Gabem) yang mempunyai anggota seramai 500,000 menyatakan sokongan padu serta keyakinan mereka akan kemampuan pemimpin negara meneruskan kemajuan Malaysia ke tahap yang lebih tinggi.
Pengerusinya, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik berkata masyarakat ekonomi Melayu yang diwakili oleh 400 pemimpin Badan Ekonomi Melayu (BEM), penuh yakin dengan keupayaan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan timbalannya Datuk Seri Najib Tun Razak dalam menerajui negara. “Oleh itu, kita telah berikrar memberi sokongan jitu dan padu kepada kedua-dua tokoh ini,” kata-nya semalam.
Abdul Rahim yang juga Anggota Majlis Tertinggi UMNO berkata, ikrar sokongan itu dibuat oleh kesemua pemimpin BEM pada majlis pertemuan khas dan dialog dengan wakil kerajaan mengenai keselamatan negara yang dianjurkan oleh Gabem di Putrajaya. Pada pertemuan khas itu, para pemimpin BEM telah mengadakan dialog dengan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Rafidah Aziz, yang mewakili Najib pada majlis dialog itu serta Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Mohd Johari Baharom.
Memorandum ikrar sokongan yang dihasilkan pada majlis dialog itu telah diserahkan kepada Rafidah untuk disampaikan kepada Perdana Menteri.
http://www.rtc.com.my
No comments:
Post a Comment