Peralihan Kuasa Kepimpinan Umno Mesti Dilakukan Sekarang, Kata Tun Mahathir
KAJANG, 12 April (Bernama) -- Peralihan pucuk kepimpinan Umno harus dilakukan sekarang bagi memastikan Umno dapat dipulihkan dan memastikan Barisan Nasional (BN) memenangi semula negeri-negeri yang ditawan oleh pembangkang, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.
Bekas Perdana Menteri berkata kerja untuk memulihkan parti akan mengambil masa yang panjang dan "kita akan ada pilihan raya tidak lebih dari lima tahun."
"Lima tahun bukan satu masa yang panjang. Jadi jika tak diadakan peralihan sekarang, kita mungkin tidak cukup masa untuk tarik balik orang parti kita yang telah undi parti lawan, terutama jika parti lawan cekap, (dan) mereka membuat pemerintahan yang cukup baik di Kedah, Penang dan juga Selangor, masa itu kita tidak dapat balik dah, sebab itu kita perlu bertindak sekarang," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas berucap pada forum "Krisis Kepimpinan Melayu Pasca Pilihan Raya Umum Ke-12, Di mana Silapnya" di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Naib Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan berbincang mengenai pelan peralihan kuasa dengan Timbalannya Datuk Seri Najib Tun Razak.
Dr Mahathir berkata jika benar peralihan kuasa itu akan diadakan, itulah cara yang terbaik dan pertukaran antara Perdana Menteri dengan timbalannya sepatutnya berjalan dengan licin.
"Kebanyakan daripada ahli sudah hendak kepada peralihan, beliau (Abdullah) mesti respons kepada desakan ini dan buat dengan cara baik. Kalau tidak nanti, nak ada mesyuarat untuk pinda perlembagaan, lepas tu undi tidak percaya... semua ini bagi imej beliau rosak aje," kata Dr Mahathir.
Dr Mahathir berkata beliau tidak ada kena mengena dengan proses peralihan kuasa itu.
"Tak ada kena mengena dengan saya. Saya tidak terlibat dalam perkara ini. Beliau (Abdullah) perlu melakukan apa yang perlu untuk parti. Jelas bahawa daripada menyalahkan saya atau menyalahkan orang lain, beliau perlu bertanggungjawab kerana perkara ini berlaku semasa tempoh beliau memegang jawatan," katanya.
Ditanya mengenai calon yang perlu diketengahkan sebagai pengganti Perdana Menteri, Dr Mahathir berkata tradisi parti perlu diikuti sekiranya Abdullah meletak jawatan.
"Parti punya tradisi berkata bahawa apabila ketua letak jawatan ataupun undur maka timbalan akan ambil alih," katanya.
Kepada soalan sama ada beliau menyokong Najib sebagai pengganti, Dr Mahathir berkata: "Ini bukan soal saya menyokong Najib atau tidak, ini soal tradisi."
Dr Mahathir berkata untuk kebaikan, Abdullah mesti meletak jawatan sekarang.
"Tetapi jika beliau menunggu sehingga Perhimpunan Agung Umno, kita tidak tahu apa yang orang ini (perwakilan) akan katakan."
-- BERNAMA
Dr M: Peralihan kepimpinan Umno mesti sekarang
Peralihan pucuk kepimpinan Umno harus dilakukan sekarang bagi memastikan Umno dapat dipulihkan dan memastikan Barisan Nasional (BN) memenangi semula negeri-negeri yang ditawan oleh pembangkang, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.
Bekas Perdana Menteri berkata kerja untuk memulihkan parti akan mengambil masa yang panjang dan "kita akan ada pilihanraya tidak lebih dari lima tahun."
"Lima tahun bukan satu masa yang panjang. Jadi jika tak diadakan peralihan sekarang, kita mungkin tidak cukup masa untuk tarik balik orang parti kita yang telah undi parti lawan, terutama jika parti lawan cekap, (dan) mereka membuat pemerintahan yang cukup baik di Kedah, Penang dan juga Selangor, masa itu kita tidak dapat balik dah, sebab itu kita perlu bertindak sekarang," katanya.
Menurut laporan Bernama, Dr Mahathir berkata demikian kepada pemberita selepas berucap pada forum "Krisis Kepimpinan Melayu Pasca Pilihan Raya Umum Ke-12, Di mana Silapnya" di Kajang hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Naib Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan berbincang mengenai pelan peralihan kuasa dengan Timbalannya Datuk Seri Najib Tun Razak.
Dr Mahathir berkata jika benar peralihan kuasa itu akan diadakan, itulah cara yang terbaik dan pertukaran antara Perdana Menteri dengan timbalannya sepatutnya berjalan dengan licin.
lagi berita http://www.malaysiakini.com/news/81292
No comments:
Post a Comment