24 April 2008

Perodua Lancar Model Baru Bulan Depan

KUALA LUMPUR, 24 April (Bernama) -- Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) akan melancarkan model barunya, Perodua Nautica 4WD, bulan depan.

Diilhamkan oleh perkataan nautika, yang berkait dengan pemanduan arah, model itu merupakan kenderaan utiliti sport (SUV) kompak urban didatangkan dengan tagline 'The Ideal 4WD'," demikian menurut Perodua dalam satu kenyataan di sini Khamis.

Transmisi automatik Perodua Nautica 4WD didatangkan dengan kapasiti enjin 1.5 liter dan boleh didapati dalam dua warna iaitu kelabu dan hitam.

Tempahan bagi SUV itu boleh dibuat mulai 10 Mei ini di mana-mana bilik pameran Perodua.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment