23 April 2008

Parti Gerakan terima tamparan hebat apabila bekas orang kuatnya keluar parti menyertai kerajaan PR

Utusan
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, sebagai ahli Gerakan, Kah Choon sepatutnya lebih maklum tindakan itu jelas membelakangkan pucuk pimpinan parti.

Menurutnya, perbuatan Kah Choon itu menunjukkan beliau telah berpaling tadah kepada Gerakan dan BN.

http://www.malaysiakini.com
Kah Choon keluar Gerakan

Bekas timbalan setiausaha agung Gerakan, Datuk Lee Kah Choon mengambil tindakan keluar dari parti itu ekoran kontroversi yang tercetus selepas beliau menerima jawatan dalam pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang.

"Memandangkan, pucuk pimpinan Gerakan tidak boleh menerima keputusan saya (menerima jawatan tersebut), maka saya percaya langkah terbaik bagi saya ialah untuk menarik diri sepenuhnya daripada politik parti," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ekoran itu, katanya, beliau telah menghantar surat kepada pucuk pimpinan Gerakan untuk keluar dari parti tersebut.

"Dengan ini, saya harap perkara ini akan selesai dan kita boleh meneruskan langkah untuk mengendalikan tugas-tugas penting," tambahnya.

Jumaat lalu, Kah Choon memulakan tugasnya sebagai pengarah Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) dan pengerusi jawatankuasa eksekutif InvestPenang.

Beliau melepaskan semua jawatan dalam Gerakan pada 31 Mac ekoran kekalahan teruk parti itu pada pilihanraya umum lalu.

Sebelum ini, saya telah mengumumkan keputusan saya untuk bersara dari politik dan menerima peranan bukan politik demi kepentingan sosio-ekonomi Pulau Pinang.

"Keputusan saya itu bermotif hakikat bahawa kepentingan Pulau Pinang tidak boleh dikompromi oleh sebarang pertimbangan politik," tambahnya.

Beliau menegaskan, dalam suku tahun akan datang, ekonomi global yang dijangka lembab, akan memberi kesan kepada prestasi ekonomi negara yang berorientasikan eksport.

"Saya percaya, tumpuan kepada usaha untuk mewujudkan peluang pekerjaan dan langkah-langkah bagi memastikan pertumbuhan yang mampan, adalah lebih penting daripada politiking yang berterusan.

"Matlamat saya adalah jelas dan kekal konsisten sepanjang karier politik saya, iaitu untuk berkhidmat kepada rakyat," tambahnya.

Oleh itu, katanya, beliau mengambil keputusan untuk menerima jemputan kerajaan negeri untuk berkhidmat dalam kedua-dua agensi kerajaan negeri itu pada masa yang mencabar ini.

"Memandangkan keputusan saya itu tidak boleh diterima oleh pucuk pimpinan Gerakan, maka saya percaya langkah terbaik bagi saya ialah untuk menarik diri sepenuhnya daripada politik parti.

"Oleh itu, saya telah menghantar surat kepada pucuk pimpinan parti untuk menarik balik keahlian saya dalam Gerakan.

"Dengan ini, saya berharap perkara ini akan selesai dan kita dapat meneruskan langkah untuk mengendalikan tugas-tugas penting," tambahnya.

Mengenai kritikan bahawa beliau kurang berpengalaman untuk menyandangkan jawatan-jawatan tersebut, Kah Choon berkata:

"Kritikan itu kurang tepat dan rekod profesional dan perkhidmatan saya dapat membuktikannya.

"Jika adapun, kritikan tersebut akan merangsang saya untuk memberi perkhidmatan yang terbaik untuk Pulau Pinang.

"Ekoran itu, saya mahu bekerjasama dengan semua parti supaya Pulau Pinang terus maju," katanya.

Kah Choon mengeluarkan kenyataan tersebut atas jawatannya sebagai pengarah PDC dan pengerusi jawatankuasa eksekuttif InvestPenang.

Beliau juga meletak nota meminta tidak sesiapapun menghubunginya kerana beliau sibuk dan beliau juga tidak berhasrat untuk membuat sebarang tambahan kepada kenyataannya itu.

No comments:

Post a Comment