Al-Fatihah:Rustam Sani Kembali Ke Rahmatullah
Seorang penulis,penganalisis politik serta blogger,Rustam Abdullah Sani telah kembali ke Rahmatullah jam 2:30 pagi tadi dalam usia 63 tahun.Menurut anaknya,Ariani,ayahnya meninggal dunia setelah terkena serangan jantung.
Menurut Ariani doktor juga mengesahkan Allahyaraham mengalami paru-paru berair.
Pemergian Allahyarham sememangnya mengejutkan orang ramai kerana beliau kelihatan sihat sehari dua ini.Malah beliau sempat mengeluarkan sebuah artikel terakhir dalam laman blognya kelmarin.
Menurut anak perempuan sulungnya itu, Allahyaraham dikatakan sangat ghairah dalam sehari dua ini membuat persiapan untuk pelancaran dua buku barunya; Faile Nation? Concerns of Malaysian Nastionalist dan Social Roots of The Malay Left, oleh Anwar Ibrahim dijangka pada 26 April, Sabtu jam 3:00 petang di Di Dewan Seminar Perpustakaan Raja Tun Uda, di Shah Alam.
Allahyarham juga merupakan seorang kolomnis dalam akhbar Siasah yang muncul setiap minggu di muka surat 19 di bawah kolom "Pandangan Rustam". Untuk beberapa keluaran lalu beliau tidak mengisi kolomnya kerana kesihatan kurang mengizinkan dan sibuk dengan persiapan buku barunya.
Allahyarham dilahirkan di Tanjung Malim Perak, 1944. Beliau merupakan anak kepada bapa pejuang kemerdekaan dan Melayu, Ahmad Boestaman. Dalam politik jawatan tertinggi yang pernah disandangnya ialah Timbalan Presiden Parti Rakyat Malaysia (PRM). Hasil penggabungan PRM dengan Parti Keadilan Nasional (Keadilan) beliau dilantik sebagai Ketua Penerangan.
Beberapa tahun ke belakang beliau kurang aktif dalam parti kerana kesihatan dan menumpukan kepada penulis buku serta mengisi ruangan beberapa blognya. Pemikiran dan tulisan beliau boleh diikuti dalam blog, Blog Arwah .Al-Fatihah
http://suara-ummah.blogspot.com
No comments:
Post a Comment