Saya tidak akan letak jawatan sebagai Perdana Menteri, kata Abdullah
PUTRAJAYA 2 April — Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini menafikan spekulasi yang beliau akan meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri.
Abdullah mengulangi pendiriannya yang beliau tidak akan lari daripada tanggungjawabnya sebagai Perdana Menteri.
“Saya masih di sini. Saya masih di sini. Saya masih di sini. Mereka semua membuat spekulasi. Saya larilah. Saya letak jawatan. Kenapa perlu saya letak jawatan.
“Kerajaan saya mendapat majoriti besar (walaupun) bukan dua pertiga tetapi amat kukuh...itulah sokongan yang diterima. Takkan saya nak lari, tinggal saya punya tanggungjawab,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada Bernama selepas mengadakan pertemuan empat mata dengan Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said di pejabatnya di sini. - Bernama
No comments:
Post a Comment