Umno perlu tubuh suruhanjaya: Rais
PUTRAJAYA: Umno perlu menubuhkan satu suruhanjaya bagi menyiasat punca kemerosotan sokongan terhadapnya sehingga menyebabkan parti yang menjadi teras Barisan Nasional (BN) itu mencatat prestasi buruk dalam pilihan raya umum lalu.
Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno yang juga Menteri Luar, Datuk Seri Dr Rais Yatim, berkata, parti itu juga perlu perlu mengubah cara ia beroperasi bagi memastikan pendekatan yang diamalkannya terus mendapat sokongan.
“Jika kita boleh menubuhkan sebuah suruhanjaya untuk hakim, dan kini mahu membentuk suruhanjaya antirasuah, mengapa tidak boleh dibentuk suruhanjaya untuk Umno bagi memastikannya dapat terus bergerak ke depan.
“Saya selalu kata sistem kuota mesti dihapuskan. Kewujudan terlalu banyak rangkaian pemimpin dalam Umno pada peringkat negeri harus disemak, agar kita tidak terpaksa melayani kehendak terlalu ramai bos bila pilihan raya diadakan,” katanya dalam temu bual di sini, semalam.
Rais merujuk kepada sistem kuota yang mensyaratkan setiap pemimpin yang ingin bertanding jawatan presiden, timbalan presiden, naib presiden atau anggota MT, mesti mendapat bilangan pencalonan tertentu daripada bahagian Umno.
“Ini sukar diterima oleh sesetengah pihak, tetapi kita mesti lahirkan apa yang kita percaya. Saya tidak menyalahkan sesiapa tetapi yang penting ialah sistemnya (untuk pertandingan) mesti adil,” katanya.
Diminta mengulas desakan Tun Dr Mahathir Mohamad supaya Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berundur sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno dan menerima tanggungjawab atas prestasi buruk BN dalam pilihan raya lalu, Rais berkata ini bukan masa untuk berbalah.
“Ini masa untuk memaafkan dan melupakan (apa yang sudah berlalu). Setiap orang punya suara hati untuk dilaksana dan diperkatakan dengan lantang. Saya fikir kini masanya semua peringkat menerima dan mencintai Malaysia dan membolehkan proses kerja terlaksana,” katanya. - Bernama
Tubuh s'jaya siasat kekalahan Umno
Umno perlu menubuhkan sebuah suruhanjaya untuk menyiasat sebab-sebab merosotnya sokongan terhadap Umno sehingga kalah besar dalam pilihanraya umum 8 Mac lalu, kata ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Datuk Seri Dr Rais Yatim.
Di samping itu, katanya, Umno yang menjadi teras Barisan Nasional (BN), juga perlu 'berubah' dalam cara ia beroperasi.
"Jika anda boleh menubuhkan sebuah suruhanjaya untuk hakim, dan kini mahu membentuk suruhanjaya anti rasuah, mengapa tidak boleh dibentuk suruhanjaya untuk Umno?," kata Rais sambil menambah, Umno perlu terus melangkah ke depan.
"Saya selalu kata sistem kuota mesti dihapuskan. Kewujudan terlalu banyak rangkaian pemimpin dalam Umno di peringkat negeri harus juga disemak, agar kita tidak terpaksa melayani kehendak terlalu ramai bos bila pilihanaya diadakan," katanya dalam wawancara dengan Bernama.
Sistem kuota tersebut mensyaratkan calon bagi jawatan presiden memerlukan 30 peratus pencalonan, timbalan presiden (20%), naib presiden (10%) dan ahli MT (5%) dari Umno bahagian.
"Ini saya fikir sukar diterima oleh sesetengah pihak, kita mesti lahirkan apa yang kita percaya. Tapi, saya tidak menyalahkan sesiapa, sistemnya mesti adil," kata beliau.
Diminta mengulas desakan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad supaya penggantinya, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berundur sebagai perdana penteri dan presiden Umno dan menerima tanggungjawab atas prestasi merosot BN dalam pilihanraya umum itu, Rais berkata ini bukan masa untuk berbalah tetapi untuk bekerja.
"Ini masa untuk memaaf dan melupakan (yang lalu). Setiap orang punya suara hati untuk dilaksana dan diperkatakan dengan lantang.
"Saya fikir kini masanya bagi semua peringkat kepimpinan menerima dan mencintai Malaysia dan membolehkan proses kerja terlaksana," katanya.
Rais berkata beliau tidak menuding jari kepada sesiapa atas kekalahan itu, tetapi rakyat Malaysia "memang suka menyalahkan orang lain".
http://www.malaysiakini.com/news/81819
No comments:
Post a Comment