23 April 2008

Bekas menteri minum arak dan mabuk, tuduhan yang sangat berat

Bekas menteri raba punggung wanita

"Seorang gadis yang berkerja sebagai pelayan hotel membuat laporan polis ke atas bekas seorang menteri dua hari lepas di sebuah balai polis di Kuala Lumpur kerana didakwa melakukan ganggu seks ke atasnya malam Jumaat lepas dengan memegang tangan dan meraba punggungnya.

Kejadian memalukan itu berlaku di Kelab Havana hotel Maridien di KL Sentral ketika gadis itu sedang melayan dan menyediakan minuman keras untuk menteri berkenaan.

Bekas menteri berkenaan yang dalam keadaan mabuk dikatakan telah memegang tangan pelayan berkenaan tetapi dimarahi pelayan itu sambil berlalu dari situ.

Ketika pelayan itu berlalu bekas menteri berkenaan mengekori dari belakang dan meraba punggungnya menyebabkan pelayan itu menjerit dan memanggil teman lelakinya yang kebetulan bekerja di situ.Teman lelaki pelayan berkeranaan terus mendapatkan bekas menteri berkenaan.
Teman lelaki perlayan tersebut telah bertindak membuat satu laporan polis.
Bekas menteri itu dikatakan sering ke kelab berkenaan untuk menghisap cigar (ceruk) di kelab berkenaan.

Dalam pilihan raya lalu beliau menang di kerusi Parlimen tetapi tidak dilantik semula menjadi menteri. Penggugurannya menimbulkan seribu persoalan dan khabarnya ianya ada kena mengena dengan beberapa kelakuannya yang tidak senonoh sebelum ini.
Menurut sumber bloger, kejadian ini 1001 peratus benar. Dakwanya beliau telah mendapatkan pengesahan dari sumber polis sendiri. "Kalau berita ini tiak benar datanglah potong kaki saya," kata sumber itu penuh yakin.

http://www.tranungkite.net

No comments:

Post a Comment