23 April 2008

Jika nelayan, penoreh getah dan pengayuh beca sudah tentu pengenalan diri pencabul sudah disiarkan

Semalam TV3 melaporkan kenyataan polis yang akan menyiasat seorang ahli politik yang dikatakan cuba mencabuli seorang pelayan berusia 30-an. Berita itu tidak menyebut tokoh politik itu sebagai bekas menteri dan hanya menyebut ahli politik itu menang dalam pilihan raya lalu tetapi tidak dilantik semula menjadi menteri.

Laporan itu juga menyebut tokoh politik itu kini berada di luar negeri. Orang ramai tentu tertanya-tanya siapakah bekas menteri berkenaan. Disebabkan kita berpegang kepada kod etik profession maka ianya tidak boleh disebut selagi tidak disebut di mahkamah.

Begitulah kalau mereka yang terlibat itu bekas orang besar. Tetapi kalau ianya nelayan, penoreh getah atau pengayuh beca pasti nama dan gambarnya sudah disiarkan dalam media massa.

Dan oleh kerana saya juga menghormati kod etika penulisa/kewartawan saya juga tidak boleh menyebut nama bekas menteri berkenaan.

Apa yang boleh diberikan gambaran bekas menteri yang gatal itu adalah sahabat baik kepada timbalan perdana menteri Mohd Najib Razak.

Mereka berkawan sejak kecil lagi dan bekas menteri berkenaan adalah orang istimewa kepada Mohd Najib.

Bekas menteri tersebut dikatakan boleh datang ke rumah Najib bila-bila masa berbeza dengan kawan Najib yang lain terpaksa membuat temu janji terlebih dahulu.

Menurut laporan berita TV tadi laporan terhadap bekas menteri berkenaan dibuat 14 April lalu setelah empat hari kejadian.

Apapun sama-sama kita tunggu kenyataan dan jaminan polis yang ingin menyiasat tokoh politik berkenaan. Sekarang ini beliau masih di luar negera. Sebaik-baiknya setiba bekas menteri berkenaan di airport polis terus mencekupnya dan di bawa ke balai polis.

http://msomelayu.blogspot.com

No comments:

Post a Comment